Malaysia

Kuala Lumpur

cnpestservices@yahoo.com

Office Hour : 8AM - 6PM
MOTO SYARIKAT

CN PEST SERVICES SDN. BHD

Keutamaan Pelanggan
Kami percaya, dengan memuaskan kehendak, keperluan dan hasil kerja yang cemerlang akan dapat memastikan kepercayaan daripada pelanggan terhadap kami akan berterusan.
Kakitangan Syarikat
Kami percaya, kakitangan adalah antara aset yang terpenting. Kualiti kerja yang terbaik adalah sasaran kami melalui kerja berpasukan yang diterapkan dan berlandaskan kepada latihan intensif dan strategi bagi memastikan kakitangan sentiasa komited terhadap setiap tugasan yang diberikan serta berada dalam keadaan bersedia untuk tugasan.
Keselamatan
Kami percaya, syarikat bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi kakitangan, pelanggan dan masyarakat dengan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan. Dengan cara kerja yang konsisten dan proaktif, akan dapat memberi latihan kemahiran dan juga mencegah daripada kemalangan semasa bekerja.
Tanggungjawab
Kami percaya, untuk mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya sebagai individu kakitangan dan organisasi terhadap prestasi syarikat. Kami akan senantiasa memastikan syarikat mencapai matlamat yang disasarkan dan perancangan yang diunjurkan.

Pengenalan

PENGENALAN CN PEST SERVICES SDN. BHD. ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 18 Mei 2012 di Kuala Lumpur. CN PEST SERVICES SDN. BHD. dimiliki dan diuruskan sepenuhnya 100% Bumiputera. CN PEST SERVICES SDN. BHD. mempunyai ahli Lembaga Pengarah yang berpengalaman luas serta mempunyai iltizam yang tinggi bagi memastikan pengurusan syarikat berterusan dengan jayanya.
Pada hari ini, CN PEST SERVICES SDN.BHD. sudah bersedia untuk menawarkan perkhidmatan melalui konteks rakan kongsi pintar, CN PEST SERVICES SDN.BHD. meletakkan matlamat bersama agar mutu, kualiti dan kecemerlangan kerja dapat dicapai melalui bidang yang diceburi. Kemudahan asas yang sediada seperti kelengkapan untuk khidmat kawalan serangga disamping sokongan daripada kakitangan syarikat yang ikhtisas serta mahir, maka peluang perniagaan yang ditawarkan mampu bersaing serta menempa kejayaan.

MISI SYARIKAT

“ BERSAMA MENINGKATKAN KEYAKINAN MASYARAKAT TERHADAP KEUPAYAAN SYARIKAT YANG TULIN DAN TULUS. MENINGKATKAN EKONOMI PARA PERNIAGA DAN MEMBERI KEPUASAN MAKSIMA KEPADA PELANGGAN DAN PENGGUNA SECARA AMNYA”

Have any Question ?
Call Us :

016-985 3643 For Details